Sejarah Sekolah

image_pdfimage_print

 Sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Remis sempena nama Pekan Pantai Remis yang kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. Lokasi sekolah ini terletak di Taman Bintang dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit di sekitar kawasan sekolah.

Titik sejarah sekolah ini bermula dengan kerja-kerja pembersihan tapak pembinaan oleh kontraktor pada 1 Mac 1994. Pada 15 mei 1995, En. Azman B Lin dan En. Teh Thiam Kian adalah antara 2 orang guru yang paling awal menerima arahan bertukar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Idris untuk menerima penghantaran barang-barang sekolah ini. Penyerahan kunci oleh kontraktor telah dibuat pada bulan Oktober 1995.
               
Pada 16 Oktober 1995, kumpulan kedua guru-guru dari SMK Dato’ Idris yang terdiri daripada En. Mohd Zain B Mohd Nor, En. Razali B Mohd Yusof, Pn Jamilah Bt Nordin, Cik Fatimah Bt Saadin dan Pn. Chiew Lai Choo telah ditukarkan ke SMK Pantai Remis untuk urusan pendaftaran pelajar baru. En. Shamsul Baharin B Abdul Majid, guru lepasan Maktab Perguruan Ipoh turut dihantar ke SMK Pantai Remis.

Pada 30 November 1995, Tn Hj. Khazali B Hj. Husin (PK1) dari SMK Dato’ Idris menjadi pengetua di SMK Pantai Remis. Beliau telah mengadakan mesyuarat pertamanya bersama 8 orang guru sahaja pada 2 Disember 1995 bagi memastikan semua tugas berjalan lancar.

Pada  4 Disember 1995, bermulalah sesi persekolahan dan SMK Pantai Remis menerima kumpulan pelajar pertamanya yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan kelas peralihan yang seramai 445 orang. Sehingga 5 Jan 1996, SMK Pantai Remis hanya mempunyai 21 orang guru yang terdiri daripada 4 orang guru siswazah dan 12 orang guru GSTT. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, termasuklah gotong-royong bagi mencantikkan dan menceriakan sekolah demi keselesaan warga sekolah.

Kini, kemudahan asas sekolah telah bertambah baik dan semakin lengkap dengan pembinaan bangunan-bangunan baru dan bilik khas baru seperti makmal komputer. Segala infrastruktur telah dinaikkan taraf untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran harian.

Pada sesi persekolahan 2008, sebanyak 28 kelas telah dibuka untuk pengajaran dan pembelajaran. Bilangan guru adalah seramai 56 orang, staf sokongan bukan guru seramai 13 orang dan pekerja swasta seramai 6 orang. Bilangan pelajar adalah seramai 826 orang yang terdiri daripada 277 orang pelajar melayu, 459 orang pelajar Cina dan 90 orang pelajar India. Aktiviti-aktiviti harian yang dijalankan merangkumi aktiviti kurikulum, Kokurikulum, Sukan, HEM, Ko-akademik dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.

Sesi persekolahan 2006, SMK Pantai Remis adalah di bawah pimpinan En. Mohd Harithuddin B. Satari menggantikan Tn. Hj. Khazali B Hj. Husin yang bersara pada  25.12.2005.
               
Mulai 1 hb. Jun 2007, Tn. Hj. Mohamad Nadzri bin Ibrahim dari SMK Pangkor mengambil alih tugas pengetua dari En. Mohd Harithuddin bin Satari yang bertukar ke SMK Simpang, Simpang Taiping, Perak. Jawatan PK1 pula disandang oleh Tn. Hj. Abdul Rahman bin Ramli, jawatan PK HEM disandang oleh Tn. Hj. Azman bin Lin dan jawatan PK Kokurikulum disandang oleh En. Zubaidillah bin Sulaiman. Pada 10.02.2010, En. Zubaidillah telah bertukar ke IPGM cawangan Perlis dan tempat beliau telah digantikan oleh Pn. Hjh. Norizan binti Sa’ari mulai 02hb Ogos 2010.
                       
Pada Februari 2011, Tn. Hj. Mohamad Nadzri bin Ibrahim kemudiannya ditugaskan ke sebuah sekolah baharu, iaitu SMK Dato’ Kamaruddin dan tempat beliau diambil alih oleh En. Ahmad Zamili bin Mokhtar.
 
Hakcipta ©2016 SPBT SMK PANTAI REMIS. Semua hakcipta terpelihara