SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SPBT SMK PANTAI REMIS

PENGUMUMAN/HEBAHAN

PERHATIAN.Kepada Pelajar yang ingin menukar buku teks (rosak,koyak,tidak cukup muka surat,lain-lain), pelajar boleh menukarnya pada watu REHAT sahaja.
HARAP MAKLUM

Ceramah Motivasi Keibubapaan dan Mesyuarat PIBG kali ke 20
     TARIKH: 20 Februari 2016 (SABTU)
     MASA : 8.00 Pagi
     Tempat : Dewan Anggerik, SMK Pantai Remis

SEMUA IBUBAPA DIJEMPUT HADIR

30 January 2016

Kejohanan Merentas Desa SMKPR 2016

Pada 30 Januari 2016, SMK Pantai Remis telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa 2016. Perlepasan para peserta disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj Salleh Bin Hashim. Peserta-peserta kejohanan tahunan ini di bahagikan beberapa kategori iaitu Tingkatan 1&KP (lelaki dan perempuan), Tingkatan 2 (lelaki dan perempuan), tingkatan 3 (lelaki dan perempuan), Tingkatan 4 (lelaki dan perempuan) dan Tingkatan 5 (lelaki dan perempuan).


KLIK DISINI UNTUK MELIHAT KESELURUHAN GAMBAR MERENTAS DESA
Album 1

Album 2

TAHNIAH: Koh Nguan Seng Johan badminton L18 MSSD Manjung

Pada 25 hingga 28 Januari 2016, pertandingan badminton MSSD Manjung telah diadakan di Manjung Badminton Arena. Peserta SMKPR diwakili oleh adik Koh Nguan Seng dan beliau telah memenangi johan kategori bawah L18tahun. Terima Kasih kepada Cikgu Wan Nur Aliza, cikgu Shafaridah dan Cikgu Shahir yang telah berpenat lelah melatih pelajar badminton SMKPR sehingga berjaya.

Tahniah untuk semua peserta badminton SMKPR dan cikgu-cikgu badminton.

SMKPR BOLEH!!!



27 January 2016

Latihan Merentas Desa SMKPR 2016

Pada 27 januari 2016, SMK Pantai Remis telah mengadakan latihan merentas desa peringkat sekolah sebelum kejohanan merentas desa yang sebenarnya pada 30 Januari nanti.

 
Hakcipta ©2016 SPBT SMK PANTAI REMIS. Semua hakcipta terpelihara